
20 tahun lalu pada hari ini, aku yang masih seorang budak kampung yang membesar dengan lagu-lagunya. hari tu hari sabtu dan aku terkejut dengan berita kematiannya. dia punyai pengaruh besar dalam hidup aku. signature arwah pernah aku tiru kerana minat yang amat.
hari ini setelah 20 tahun berlalu dia masih dalam ingatan. mana mungkin aku lupa pada manusia seperti dia. yang saat di puncak masih ingat tanah dibumi. Al Fatihah buat allahyarham Sudirman Hj Arshad.
nota tapak kaki: Di tempat aku mencari rezeki ini, ada 1 tabung yang dinamakan atas nama arwah kerana melalui konsert amalnya, wang itu dikumpulkan saat kakaknya -Datin Rudziah menjadi Pengerusi Puspanita kami.