Wednesday, February 22, 2012

20 tahun yg telah berlalu



20 tahun lalu pada hari ini, aku yang masih seorang budak kampung yang membesar dengan lagu-lagunya. hari tu hari sabtu dan aku terkejut dengan berita kematiannya. dia punyai pengaruh besar dalam hidup aku. signature arwah pernah aku tiru kerana minat yang amat.


hari ini setelah 20 tahun berlalu dia masih dalam ingatan. mana mungkin aku lupa pada manusia seperti dia. yang saat di puncak masih ingat tanah dibumi. Al Fatihah buat allahyarham Sudirman Hj Arshad.


nota tapak kaki: Di tempat aku mencari rezeki ini, ada 1 tabung yang dinamakan atas nama arwah kerana melalui konsert amalnya, wang itu dikumpulkan saat kakaknya -Datin Rudziah menjadi Pengerusi Puspanita kami.

4 comments:

SM79 said...

Al-Fatihah utk arwah...... mmg best sgt lagu2 dia... bnyk mesej yg disampaikan... x mcm lagu2 la ni jiwang karat... cintan cintun.....

coklat~vanilla said...

kan...
x dapat dah laa penyanyi mcm dia.

Ayu Ikhwani said...

Ohh, Sabtu ek.. akak ingt cam Jumaat hehe.. tp akak ingt, dpt berite pasal dia meninggal mase tu kitorg tgh siap² nak ikut ayah akak bwk students pegi Cameron. Mcm tak caye je kan mase tu.. akak darjah 6 kot klau tak silap.

Signature dia mmg one of a kind.. tgk kat mane pun leh kenal kan.. ingt tak dia penah buat line soft drink.. name Sudi? Ingt lagi mase air tu baru kuar, ke sane ke mari dok cari n mntk jugak kat ayah akak utk belikan sbb nak rase.. lagu² dia pun style evergreen, sedap dgr smpi skrg

AlFatihah~~

coklat~vanilla said...

Aah seigt ann sabtu. baca kat wikipedia pun dia letak hari sabtu.
ann darjah 5. ( so betul la akak darjah 6)
signature dia mmg sgt unik la pd ann..air sudi tu, penah minum sekali je kott. besa laa anak org yg senang pun x, susah sangat pun x..lgpon berbapakkan org keje spital ni...ayaq2 gas ni, sekali sekala jerlah merasanya... ;p