Sunday, January 01, 2012

misi 1 Januari 2012


pembuka tirai 2012 yang sangat berwarna warni

bermula dengan BBQ dgn kazen2 kat umah makteh. sesi membakor ini kompem x berjaya kalo acu x tolong buat bara api. anak2 menakan semua x berapa nak terel..hahaha! selain dr saja nak suka2, ada 2 org yg sambut birthday pd 26 & 31 disember. so sekali harung la sambutannya..menu simple saja. nasik goreng cincai, ayam, udang, hotdog, kentang, terung, timun, tembikai, ayaq asam tembikai, ayaq oren yg ada rasa pandan + kek secret recipe. semua badan bau asap tapi tetaplah belasah makan sampai lebam. ;p

nak balik dr umh makteh tu, ada 2 roadblock. yg pertama lepas. mai kat jawi, polis tu tahan..pasai lampu break ketiga tu x menyala..panjangla citernya. tp aku pendekkan. polis tu mmg mcm nk umpan rasuah la kat aku.mmg kepantangan aku laa! ujung2 x jadik nak saman aku. muka dahla kerek nak mampos. merosakkan imej PDRM laaa spesis ni.

pagi td lak, dlm kul 11 pagi, aku, mak, abah,maksu ngan paksu gerak dari umah menuju ke selama dan bagan serai, perak. tujuan utama adalah untuk menunaikan hajat abah. dia nak carik pakcik Darus yg dulu banyak tolong abah sekeluarga selepas arwah tokwan aku meninggal. masa tu abah baru umo 18 thn. pakcik ni mmg rapat ngan family abah. dah terputus hubungan selama 30 tahun! dah la aku x penah drive p selama perak ni. umah dia plak abah ngan maksu dah x berapa nak ingat. nak tanya orang pun x nampak bayang. maklom la cuti. jalan dia plak sempit jaa..aku x tau nk benti tang mana sbb kalo aku benti, akan menyusahkan kenderaan lain. tapi ALLAH tu Maha Segalanya..dlm dok tercarik-carik org dan tempat nak benti tu..aku nmpk simpang utk masuk ke satu taman perumahan. dan ada 1 motorsikal yg pemboncengnya tu maksu kata mcm kenai. bila aku belok, yang membonceng tu laa orang yang di cari. Pakcik Darus! Allahuakbar...kalo niat kita ikhlas, insyaALLAH, akan dtg bantuan DIA kan?
dia ajak p rumah dia..cantik woh..kawan kampung kan. belakang umh dia ada laluan keretapi dan bendang...abah ngan makcu mmg sembang panjang laa..dok imbas semula kisah-kisah lama..pakcik darus ni dulu keja ngan Red Omnibus. lani umoq dia dah 88 tahun. tapi masih kuat dan boleh kayuh gerek lagi. sbb keja dia 'collector ticket bus' - org kg aku panggil - kolet bas ;p. so, lps abis trip dia akan panggil abah utk basuh badan bas. dapatla upah 50sen ( 5 kupang) utk 1 bas.. banyak la kalo aku nak letak kat sini..tp pertemuan selepas 30 thn ni mmg sangat bermakna..dia pun tak sangka bleh jumpa lagi ngan abah aku. lps balik dr umh dia, kami pi jenguk toksu kat bagan serai. depa dah xberapa sihat..kira ni pak menakan abah aku laa..

so, hari pertama thn 2012..mmg sangat bermacam warna laaa :) semoga silaturrahim ni kekal selamanya

gambar kat atas tu adalah pakcik darus tu. aku panggil tokcik laa

0 comments: