Saturday, December 31, 2011

31. 12. 2011

sudah di hari terakhir 2011
azam thn lepas iaitu utk menguruskan diri sendiri kerana lelemak dan babat-babat sgt berleluasa adalah gagal. dok kat penang adalah sgt susah nak kurusss.. sgt banyak makanan sedap di negeri ini.
tahun ni adalah tahun yg masih lebih banyak duka daripada suka. tp aku x la mempertikaikannya.
bahagian aku kan? semua duka tu tetaplah telah dilalui.

harapnya tahun 2012 akan lebih baik dr 2011. umuq yg semakin meningkat ini perlu seiring dengan kematangan. insyaALLAH
mlm ni buat BBQ dgn cousins aku kat umh makteh. adik-adik aku x balik..aku no komen sbb kalo nak tunggu semua ada..pakai tangguh lagi laa jwbnya..so, jalan jer..

x tau nak taip apa lagi. nak p masak nasik wat nasik goreng. bai

SELAMAT TINGGAL 2011

SELAMAT DATANG 2012

bagi yg meraikannya mlm ni..bawak-bawak sedaq diri. jgn pulak bulan 8-9 thn 2012 nanti, pakat buang anak secara berjemaah plak. adik-adik, jagalah diri dan biaqlah harga diri itu kekal 'berharga'.

Monday, December 26, 2011

yulita hanum wedding day

Barakallahulakuma!


wawa & nurul

perantin dan kami yg menten debab ;p
aku & zuraina

jumpa cikgu pipah kemarin. masih digeruni. hahahaha!
*edit : cikgu Sharifah Afifah pesan - kalau belum jumpa lelaki yang paling sesuai dan terbaik untuk kita, tak perlu kawen lagi. kawen ni perjalanan yang panjang..bukan untuk dibuat main-main. so, jgn stress sbb tak jumpa lagi jodoh kamu..

serius aku rasa sangattt lapang hati dengan nasihat cikgu yg dulunya paling aku geruni di ALMASHOOR :)

Sunday, December 25, 2011

nak boh tajuk jodoh kah?

masa depan kita ni memang kita dah tau ianya rahsia DIA Yang Maha Segalanya.
tapi kita disuruh agar sentiasa berusaha. jgn putus asa.
tapi utk aku yg serba serbi dok MALU ini..adoinyaiiii. payah gak tu.
kalo bab lain, insyaALLAH, bleh ja aku redah. tapi bila mai bab yg 1 itu...yg selagi kad tak di edar, tak dak pelamin or apa-apa pekakas yg menunjukkan hang sedang mengadakan majlis makan2 utk meraikan hang dan en suami itu. - Jodoh la jodoh. tu la point sebenaq yang aku dok meraban dari awai nun.
bila ada orang nak kenalkan, hati kita plak tak berapa nak berkenan.
sebagai contoh: lelaki tersebut kalo berdiri sebelah aku ni, nampak macam adik aku. macam anak ikan noks! fengsan mak nyah.. hahahahah!

ok, sebenaqnya mmg kes lelaki yg nampak macam adik aku tu, adalah kisah benar. tiada yang benar, melainkan benar belaka. meh aku nak share akan kesungguhan 'telangkai' dalam kes ini. sungguh kagum aku dengan usaha dia.
telangkai tersebut adalah senior aku masa kat Uitm. aku x la kenai rapat. penah la dengaq nama dia sbb dia adalah manusia pertama (rasanya) dapat DEAN LIST utk course kami. jadinya, dia adalah budak bijak yang secara x langsung akan dikenali ramai..walaupun dia low profile. sbb aku hampir2 x ingat langsung muka dia camna.. kami jumpa blk atas urusan kerja. beberapa bulan selepas aku putus tunang, dia bertanyakan aku utk adiknya. tp sbb masa tu aku masih dok cedera parah bagai..aku tolak dgn baik laa. dia pun ok. 3-4 bulan kemdian, dia call lagi. tanya. aduhai..aku masa tu rasa - 'awat yang dia beria sangat ni..x kesian ka kat adik dia? adik dia baru 26 TAHUN weyyy..apa ke harunya nak pi carik pompuan umoq 30 thn mcm aku nii???' bagi la kawan tu beriang ria sat kaaa..cari pengalaman idup ka apa dulu. sbb masa aku tgk FB adik dia, nmpk mcm x berapa nak matured sangat la lagi..dok huha2 ngan motor la apa. aku rasa dia pun stress apa, family dok tekan pasai jodoh dia. hahaha!
lps tu, akak ni diam. aku pun lupa pi dah aih bab ni. igt kot depa tunjuk gambaq aku ka apa kat mamat tu. ntah ka dia pengsan tengok aku yang demok ini. hahhahah! aku pun menjalani kehidupan yang bizi + kadang2 boring cam harom. hehehe..tup, tup! kakak tu memunculkan diri di opis ku. aku yg mula2 x syak apa2 sbb dia kata mai nak submit plan jaa..sekali, dia ajak jumpa ayah dia ( yg mai sama sbb nak tolong jaga anak2 dia) piiii daahhh aku kata. dan2 aku syak sesuatu. buleh2 dia nak ajak aku pi jumpa ayah dia.
disebabkan xdak alasan yg munasabahserawak aku nak bagi, terpaksa la pi jumpa. adala kak ni habaq, adik dia rupanya aritu ada awek dah. plannya nak btunang laa..sekali break. *aku masa tu dlm hati - abiss...nak soh aku plak kaaa pi bercinta ngan adik hang??? deng!

masa pi jumpa ayah dia tu, sat ja pun. tapi aku ni, dlm hati dok berdoa - hampa balik la cepat. aku dah x tentu arah nak sembang apa dah ni. hahahah! jahat sungguh aku. ayat last ayah dia sebelum balik- 'senang2 mai la rumah'. apa diaa?? owh, mungkin tidak pakcik. saya ini amat payah la nak pi jalan2 mempromosikan diri. sebagai pompuan umoq 30 ( gila apa tatau dok pi ulang habaq umoq aku ni! nampak tua sgt aih!) aku bleh paham dah aih ayat tu menjurus pada maksud apa...aku senyum ja laa...satgi depa kata menyombong plak dak?
lepas depa balik, aku x contact apa pun kak tu. dok sebulan, kak tu call kata nk mintak tolong aku bwk adik dia pi jumpa TA yg handle PKM ( dia pass pelan kat adik dia sbb xdan nak mai opis aku) padahalll...sah2 adik dia x tau apa menda pun pasai2 pelan ni. adoii..aku nmpk ni usaha dia nak bagi adik dia jumpa aku. dia tak tau, ada kemungkinan adik dia pengsan @ lebih parah lagi -KOMA! kalo tgk aku. hahahahahaha! * tapi x mai2 sampai arini. :p

hari ni (sabtu), pagi2 lagi ada call dr kakak ni. jemput aku pi umah depa, ada besday anak dia. dan sekali lagi, aku nampak dia sgt2 berusaha nak bagi family dia plak jumpa aku. aduhaiiii..kali ni, mmg x dapat laa kan. aku dok selsema dan kepala pun ting tong ngan ubat x abis lagik. makanya terpaksalah ku tolak jemputan tu..
mmg la nampak akak ni berusaha gigih utk mencarikkan jodoh kepada adik dia..tp jauh dlm hati aku ni rasa, adik dia pun x la berminat sangat. aku secara jujurnya, lebih kesian kat adik dia drpd kesian kat diri aku sendiri ( untuk kes ni laa) aku rasa depa dok pressure dia laa pasai kawen ni..aku pun x tau nak pi habaq lagu mana yg aku rasa adik dia sangattt muda untuk aku. hampa habaq mai sat..lagu mana aku nak buat ni?
bukan la aku tolak jodoh..tapi aku ada 'rasa' tidak serasi dengan adik kakak ni...


Wednesday, December 21, 2011

duit baru



duit baru. macam duit monopoly, saidina :p

tapi menarik kan?

model adalah kak TipahVogue kita



Rabu Tanpa Kata

17 disember 2011



Thursday, December 08, 2011

anak perempuan

baca blog noe td. pasai anak perempuan.
ada manusia yg asik la cakap -'anak laki ni best. nnt dia besar, leh jaga mak dia, adik2 dia' or 'anak lelaki ni senang bela banding dgn anak perempuan'.

abis, kalo dapat anak perempuan, x best la? x leh la jaga mak pak bila tua? payah bela kalah sekandang lembu.
jadah apa la dok pi banding manusia ngan menatang. haih!

mungkin la ada yg kata aku emo. emo la jugak. hahaha!
mau dak. aku dan adik-adik aku kan PEREMPUAN. mak abah aku diberi ALLAH rezeki anak perempuan semuanya. tak dak anak lelaki/jantan pun. tapi aku rasa depa x ralat apa pun.
sbb, walaupun kami perempuan, kami adalah pandai2 jaga diri. reti nak jaga ayaq muka mak abah sbb tak pernah plak la kami buat perangai sampai mak abah kena pi sekolah-mengadap cikgu cikgi kami. x pernah kena p balai polis sbb kami kena serbu kat disko or jadi minah rempit.
so, x la payah sangat nak bela anak perempuan kalo kena cara didikan.

walaupon dalam 3 ketoi kami ni, aku ni paling ketegaq. penah nak terrrr jadi cik tomboy la (pengaruh TV dan kawan-kawan), asik fly dari hostel balik umah, outing la apa. ( tp aku x penah kantoi beb!)
tapi besa la kan..nama pun remaja. x remaja langsung kot kalo xdak unsur ketegaq ni.

sudah2 la dok bangga sesangat dapat anak lelaki as anak sulung ka apa.
ALLAH bagi hang anak pun dah cukup besaq rahmat tau dak?
tak kesah la anak laki ka pompuan. tu amanah Allah. hang didik la elok2. kalo jadi tak elok jugak, tu ujian ALLAH utk hang. ntah ka hang pun jahanam gak perangai masa muda2 dulu. jadi jgnla dok heran sgt kalo anak2 hang pun ala-ala jahanam kelaku.

syukurlah apa yg Dia bagi kat kita.
ada org tak dak anak pun.
ada orang tak ditemukan jodoh untuk kawen sampai mati nu..

hampa doa kat aku jumpa jodoh naaa.hehehe.
mana tau dlm ramai2 yg doa tu, ALLAH makbul. ameen :)