
hidup ini singkat cuma
dunia ini hanya ladang, hasilnya tuaiannya di kampung akhirat kelak
semoga, perjalanan singkat ini dapat diselusuri berlandaskan syariat
kegelinciran dan gelap pekat sisi hidup yang telah berlalu
aku semahu mungkin tidak mahu ia terulang lagi
cukuplah kerimasan diburu rasa kebersalahan yg bertimpa-timpa itu
cukuplah! aku tidak mahu lagi
aku cuma berharap ALLAH masih memandang aku
aku yang bertimbun dosa dan noda ini
sayang manusia bisa terhilangkan
namun tidak kasih sayang DIA Rabb ku yang Maha Satu ini
0 comments:
Post a Comment