melalui hari terakhir bg tahun yg penuh suka duka. tahun yg benar-benar mencabar utk aku..mencabar minda, fizikal dan jiwa! kenapa? kerana ini
Januari :
start semester baru utk tahun akhir dan bermulanya perkara yg aku amat-amat takut- Tesis
Februari:
ding dong2 dgn relationship yg baru di ikat janjinya.
Mac :
struggle cari maklumat utk tesis..sangat-sangat menguji kesabaran.
April:
bermulanya ketengangan dlm ikatan janji antara aku & dia. communication failed! dan aku hampir-hampir dan drop tesis. Alhamdulillah, masih ada sahabat & kawan2 yg memberikan aku kekuatan utk teruskan. dan Thanx a Lot to my supervisor DR. HJH SITI NORLIZAIHA sbb paksa aku habiskan tesis ni - by hook or by crook! dan aku menghadiri Mlm Pra Graduan dgn hati yg berbolak balik. exam akhir sem bermula dan aku + 3 kawan2 yg lain hampir x dpt masuk dewan exam sbb stuck dlm jammed kat highway.
Mei:
VIVA TESIS! ya, dihadapkan dgn pelbagai soalan dr 6 lecturer itu amat mengerikan. dan alhamdulillah, aku lulus. namun, mei juga meninggalkan kenangan pahit tentang aku & dia.
Jun: holiday dgn kawan-kawan (KL-Genting Highland-I city)
Julai:
3 julai - hari lahir paling pahit kenangannya sepanjang hidup aku! dan menyusul sehari selepas itu sahabat aku kehilangan bondanya.
Ogos: ramadhan yg aku lalui dgn tenang. istikarah masih berterusan. kerana kepastian itu perlu ku cari
September :
sambutan hari raya yg akan ku kenang seumur hidup. namun dlm melalui hari2 yg gembira ini, semua persoalan hati terjawab & segala-gala yg terbongkar sememangnya diluar dugaan aku. Syukur pd Mu Rabb!
Oktober:
akhirnya! dgn izinMu aku punya kekuatan utk memberikan jawapan kpd keputusan paling sukar utk aku buat. dan ikatan ini terungkai setelah 10 bulan aku dan dia lalui. walau bagaimana aku cuba selamatkan..siapa aku utk melawan takdir. dan aku tidak menyesal dgn apa yg berlaku kerana ALLAH shj yg tahu apa yg terbaik utk aku :)
November:
kawan? apa makna kawan? eidul adha ini memberikan aku apa makna kawan dan lawan juga gunting dlm lipatan. syukur padaMu kerana meminjamkan aku sahabat yg bersama2 aku disaat tawa dan tangis. dan penghujung november itu diakhiri dgn hari yang aku tunggu selama 7 tahun! Majlis Konvokesyen UiTM ke 73 yg mengiktiraf aku dan kawan2 yg bertujuh itu sebagai Graduan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah ( Kepuijan). hari konvo yg hampir sempurna utk aku walau tanpa kehadiran adik bongsu kesayangan. syukur! syukur! kerana dlm keadaan aku yg hampir2 rebah dan mengalah utk menghabiskan degree ini.
Disember:
penamat tirai 2010 dan abad pertama alaf 21..semua kenangan yg terpahat akan tersemat kukuh di hati kerana tahun ini benar-benar mengajar aku menjadi tabah, mengenali diri dan menyerah diri pd DIA Yg Satu.